Logo RELASIS POLIMAS

e-RELASIS POLIMAS

SISTEM PENGURUSAN BRIGED RELASIS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH (POLIMAS)

"SETIA BERBAKTI"

Logo RELA

Selamat Datang ke Sistem Pengurusan eRELASIS POLIMAS

Utama

Majlis Pentauliahan Briged Rela Siswa Siswi (RELASIS)

Logo RELASIS POLIMAS

Pengenalan RELASIS

RELASIS (Briged RELA Siswa-Siswi) adalah penjenamaan semula Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) di institusi pengajian tinggi (IPT) untuk memperkasakan kemahiran insaniah, memupuk jati diri dan semangat kesukarelaan dalam kalangan pelajar IPT, serta membina semangat kerjasama antara mahasiswa dengan masyarakat.

Visi & Misi

  • Visi Menjadi sebuah pasukan sukarela yang unggul.
  • Misi Menyediakan pasukan sukarela sebagai penyumbang kepada kesejahteraan dan keselamatan setempat dengan meningkatkan semangat setiakawan.
Visi dan Misi RELASIS

Info Tambahan

Infografik 1
Infografik 2
Infografik 3
Syarat Pendaftaran RELA Siswa

Syarat Pendaftaran

  • Warganegara Malaysia
  • Pelajar berdaftar di POLIMAS
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Sihat tubuh badan dan mental
  • Tidak menjadi anggota pasukan beruniform lain (cth: Wataniah, Kadet Polis)
  • Tiada rekod jenayah atau sabitan mahkamah
  • Berminat dalam aktiviti kesukarelawanan
Faedah Keahlian RELA Siswa

Faedah Keahlian

  • Elaun Tugasan: Menerima elaun sebanyak RM8.00 sejam untuk setiap jam latihan dan tugasan rasmi
  • Perlindungan Insurans: Dilindungi oleh insurans kemalangan diri semasa menjalankan tugas rasmi
  • Rawatan Perubatan Percuma: Layak mendapat rawatan dan kemudahan wad percuma di hospital kerajaan jika berlaku kemalangan semasa bertugas
  • Latihan Percuma: Akses kepada pelbagai latihan kemahiran (seperti kawad, senjata, khidmat komuniti) di pusat latihan RELA tanpa bayaran
  • Pentauliahan Pangkat: Berpeluang ditauliahkan sebagai Pegawai Sukarelawan Muda (pangkat Penolong Penguasa Kanan RELA) selepas tamat pengajian dan modul latihan
  • Pembangunan Kemahiran Insaniah: Membantu membina kemahiran kepimpinan, kerja berpasukan, disiplin, dan komunikasi
  • Pembentukan Jati Diri: Memupuk semangat patriotisme, integriti, dan tanggungjawab
  • Peluang Rangkaian (Networking): Membina kenalan dengan pelajar dari IPT lain dan anggota masyarakat