Pengenalan RELASIS
RELASIS ialah singkatan bagi Briged RELA Siswa Siswi, satu subjek kokurikulum beruniform untuk pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia. Matlamatnya adalah untuk melahirkan graduan yang holistik, mempunyai semangat patriotik, dan membina kemahiran insaniah serta jati diri melalui aktiviti kesukarelaan.
Tujuan, Aktiviti & Objektif
Tujuan
Menghasilkan graduan yang seimbang secara rohani dan jasmani serta patriotik.
Aktiviti
Melibatkan aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelaan untuk melatih mahasiswa mengenai konsep kesukarelaan demi kesejahteraan setempat.
Objektif
Memperkasakan kemahiran insaniah (soft skill), memupuk jati diri dan semangat cintakan negara, serta membina semangat kerjasama dan kesukarelaan.
Status
Ahli RELASIS akan menjadi anggota RELA yang berkemahiran, berkaliber, berintegriti, berdisiplin dan bertanggungjawab.
Visi & Misi
Visi
Menjadi sebuah pasukan sukarela yang unggul.
Misi
Menyediakan pasukan sukarela sebagai penyumbang kepada kesejahteraan dan keselamatan setempat dengan meningkatkan semangat setiakawan.
CARTA ORGANISASI PENTADBIRAN BRIGED RELA SISWA SISWI (RELASIS)
PEGAWAI POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH (POLIMAS)
PgR(Bersekutu) MOHD ZULKAFLI BIN MOHAMED
Adjutan
PgR(Bersekutu) SYUKRUL HASSANI BIN JAMALUDIN
Pegawai Latihan
PgR(Bersekutu) TS. ABDUL AZIZ BIN AB NASIR
Pegawai Logistik
SOFIAN BIN YUSOFF
Pegawai Penilaian
PgR(Bersekutu) ROSNIDA BINTI BAHARUDDIN
Pegawai PendataanPejabat Rela Daerah
PPgKR NURULNADIA BINTI ISMAIL
Pegawai Rela (SKIM KP)
SAUFIAZLI BIN ABDULLAH
Pembantu Tadbir Umum (MYSTEP) RELASIS